Monday, 29 August 2016

Last Post Before Becoming a Degree student

Kawaii Lady Hiatus

Assalamualaikum dan hai semua..! Okay semalam 28 hb 8 tahun 2016, ramai yang dah start daftar. Ada jugak Uni yg daftar harini.. Yg penting UPM special case sebab 31 hb baru daftar.. ( rasa bertuah pulak ) Ada lebih masa dengan keluarga, banyak masa nak pack barang, boleh kacau kawan time diorg sibuk orientasi . UPM kejap je orientasi dalam 4  hari gitu.Tapi kan... daftar lambat ni ada kekurangan dia jugak.   Antara kekurangannya, bila dah nak daftar dan tengok budak lain ramai yang sudah daftar, rasa gemuruh tu berganda.. >.< Emosi pun jadi makin tak stabil ( Going crazy is not what I meant ) emosi sedih tu ha yg bertambah-tambah. Sedih nak tinggalkan rumah, family, blog T.T ( Inn Syaa Allah tak lama tinggal blog ni ) ada masa saya update.. Maybe time cuti. Borang-borang dah lengkap. Barang-barang dah 50% siap kemas. Kalau time sibuk study mintak maaflah memang susah nak dapat mood blogging.

Saya ada terfikir nak update layout dengan template blog ni jadi more matured look tapi tulah, kalau nak ubah 100% tu ambil masa 3 hari jugakla ( 24 hour non-stop ). Nak edit code pon dah malas. Nak buat header baru. Arggh double malas. Dalam 2-3 hari sebelum ni saya ada update template saya for mobie view.So, sekarang kalau korang view blog ni via mobile pon boleh, not as bad as before.

Btw, I had updated some of my post such as :
Add comment count below post title ( I had edit the code so, it should work fine now )
Problems with cbox and ways to fix it ( You should check it out because you can actually alter the iframe code of cbox! )

Okay untuk entri kalini memang topic random like everything inside my mind..haha Sekejap tengah nak extract something from my mind to be written here.......hmm

So, the day after tomorrow is the day !!  Ya Allah cepatnya masa berlalu. Bukan countdown merdeka okay, countdown my degree day. Happy independent day lah to me yg bebas dari cengkaman keluarga. lol kena berdikari lepas ni takde dah makan masakan ibu dan kakak.. T.T Takde dah nak peluk akak masa tidur..haha Takde dah nak kacau-kacau adik tanya khabar. Nak makan lepas ni kena hulur duit dulu baru dapat. Lepas ni kalau nak shopping pon kena ajak member tak boleh ajak family.

Drama je lebih ni padahal raya haji balik jugak.. huhu acah je macam dapat overseas.

Dah lama jugaklah mereput kat rumah buat rutin harian yg sama ( Tidur, bangun tidur, makan, solat, blogging, tengok tv ) Seriously tak bosan pon sebab saya ni jenis yg memang suka duduk rumah jer malas nak jalan-jalan. Otak pun dah cram sebab lama tak study. Adik form 4 tanya soalan math yg simple pon lama nak solve sebab otak complicated so, soalan senang pon anggap macam susah. Harap tak kena bebel lah dengan lecturer bila masuk U nnti. Biasalah kan awal-awal belajar macam blur-blur gituw. Harap ada geng blur la lepasni haha macam masa kat matrik dulu.

Sedih sebenarnya sebab kawan-kawan masa matrik dulu tak ada yang dapat U sama. Semua bawak haluan berbeza ( ada yg ke UMK, USIM, UTEM, UKM, USM, UTM, UITM ). Berhuhu lah sorang-sorang di UPM nanti. Inn Syaa Allah sekejap je aku akan jumpa pengganti korang muehehe.

Rasanya sampai disini sajalah penulisan saya, nak pergi makan ni... haha lepastu nak basuh kasut sukan , jemur kain, pack barang. lol should I really list it here? haha I have my own right to post anything in my blog.

16 comments:

  1. Replies
    1. Thanks dear.. Harap I survive la time orientasi..huhu

      Delete
  2. Replies
    1. Thank you.. Hope Allah ease my journey :D

      Delete
  3. Wah... Pandainya buat mobile view. Reen masih belajar dan masih tak faham satu pun ttg responsive template. >,<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pon still belajar kak..huhu tu pon tak berapa okay pon mobile viewnya..

      Delete
  4. hai,jom join giveaway saya! :D

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2016/09/first-giveaway-gomoshop96.html

    ReplyDelete
  5. Blogwalking back kak! Jangan lupa follow, ya

    ReplyDelete
  6. wah.. tahniah sis.. best nye dh masuk degree.. sye bru pas habis diploma.. dlu time pas spm rajin gak berblogger nie.. pastu nk masuk blog lame dh tkleh sbb kene guna email google.. haihh then terpaksa la buat blog baru.. sye insya Allah tahun depan bln 3 klu diberi rezeki utk sambung belajar degree.. doakn ye sis :) thankiu.. n all the best for your degree life :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga sukses sis..Amin Teruskan ber-blogging :) thanks for the comment..

      Delete
  7. Thanks for your sharing! The information your share is very useful to me and many people are looking for them just like me! Thank you! I hope you have many useful articles to share with everyone!

    ReplyDelete
  8. Salaam sis. Sy macm nak masok Kos dietetik kat upm. Nak tanye Kos ni masa batch akak Ada berape org ye. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti berapa org.. huhu tpi ramai budak Asasi pertanian UPM la yg dpt kos mcmni. Budak matrik dan diploma susah nk dpt. Kna buat btul2 time interview. UPM utamakan budak asasi diorg dulu. Wallahualam

      Delete