Monday, 8 August 2016

Result UPU for Degree

UM, UPM, USM, UKM, UTM
All research University in Malaysia are top 100

Assalamualaikum dan hai semua.. ^^, Pada 8 Ogos 2016, result kemasukan ke Universiti awam di Malaysia bagi peringkat Ijazah untuk lepasan STPM / Matrikulasi / Asasi dah keluar. Saya merupakan antara bekas pelajar Matrikulasi yg telah memohon UPU bagi sesi ini.

Bawah ni merupakan pilihan 1-12 UPU saya.. Tak ada langsung kejuruteraan sebab tak minat :D

Pilihan UPU

Dan  pilihan saya untuk UM dan USM pulak :

UM : 1st choice Biochemistry, 2nd choice Kejururawatan, 3rd choice Applied chemistry, 4th choice Pengajian Alam sekitar UM empat pilihan jer boleh pilih. UM ni pilihan dia tak banyak sangat, tak banyak kos yg saya minat.

USM : Ada 8 pilihan, 1st choice Dietetic, 2nd choice Nutrition, 3rd choice food tech....... Malas nak taip pilihan 4-8 sebab tak dapat pon USM.. T.T Maybe sebab tak pergi interview dietetik haritu. Sobs Rugi RM40.
Nasihat saya untuk junior, jangan mohon kos bertemuduga USM kalau tak nak datang temuduga sebab dia tak tengok dah pilihan kita yang seterusnya kalau kita dapat temuduga tapi tak datang. ( Ini spekulasi saya je, tak pasti betul ke tidak..haha )

Alhamdulillah , saya dapat dua tawaran untuk melanjutkan pelajaran. Nak tahu tak kos apa dan Universiti mana yang saya dapat? kalau nak tahu teruskan baca kalau taknak tahu pon baca jela Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan ( peribahasa tak berkaitan ).

Laman web UPU
Ni tawaran UPU

Untuk UPU, saya dapat kos Pengajian Makanan di Universiti Putra Malaysia.. Pilihan ke-6 sebenarnya kos ni. Nak buat macam mana. Rezeki dapat yg tu :) Tak dapat lah nak sambung dietetik walaupun dah datang temuduga dietetik haritu. Surat tawaran UPM nanti 10 hb 8 baru boleh semak.

Serba sedikit tentang kos Pengajian Makanan di UPM :

Program Bacelor Sains (Pengajian Makanan)

Kod dan Nama Program           : PG17 - Bacelor Sains (Pengajian Makanan)
Tempoh Pengajian                   : 8 Semester

Maklumat Ringkas Program

Program Bacelor Sains (Pengajian Makanan) merupakan kurikulum komprehensif yang bakal menghasilkan graduan terlatih dan profesional dalam bidang pemprosesan, pengeluaran makanan, pengurusan dan pemasaran. Program ini juga memberi tumpuan terhadap sektor pembuatan makanan.

Di akhir pengajian ini, pelajar dapat menguasai ilmu dan kemahiran teknikal yang mencukupi dalam bidang yang berkaitan, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi dengan cekap dan bekerja dalam pasukan, mempunyai akauntabiliti sosial serta mempunyai tahap profesionalisme, nilai, sikap dan tingkahlaku yang beretika untuk industri pembuatan makanan.

Peluang Kerjaya

Program ini telah berjaya menghasilkan graduan yang diinginkan oleh pasaran kerja. Sejak program ini ditawarkan, para graduan telah berjaya mendapat pekerjaan di sektor swasta seperti syarikat pengeluaran makanan dan sektor awam seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Asas Tani dan lain-lain.

Universiti Malaya
Ni tawaran UM

Untuk UM saya dapat pilihan terakhir iaitu Pengajian Alam Sekitar. Hahaha tak sangka dapat kos ni. Bukan sebab tak mencintai alam sekitar tetapi, tak terfikir pon nak belajar lebih dalam pasal alam sekitar. Dulu time form 5 ada silibus environment, tak pernah baca pon pasal tajuk tu.. haha  sebab tak minat.

Bachelor of Environmental Studies in UM :

Development comes with a price, and that price is the decay of our natural environment. Does that mean we should stop developing our nation in order to preserve our environment? Or should we forgo our environment for developments’ sake?

This programme will hopefully produce graduates who will find the middle ground for the tug-of-war between development and the environment. Covering interdisciplinary subjects ranging from biology, geology, policy studies and law, geography, religion, civil and chemical engineering, chemistry, economics, history, and sociology, students will face environmental studies as a whole, enabling them to have an analytical and functional perspective on the environmental issues facing our world today.

Career Opportunity
Environmental Education
Media Production
Environmental and Alternative Health
Sustainable Agriculture
Environment and Community Arts
Environmental Scientist
Resource Planner/Manager for related government agencies
Conservation Officer with related government agencies
Educator


Sekarang ni saya dalam dilema nak pilih yang mana satu. Dua-dua kos tu bukan first choice.. Sedih jugaklah sebab tak dapat tawaran ke UKM sebab impian saya memang nak sambung belajar disitu. Tapi tak apa, perancangan Allah kan yang terbaik. Kita sebagai manusia bukannya tahu pon apa yg kita nak tu adalah baik atau tidak untuk kita. Hanya Allah sahaja yg tahu.

Kalau korang ada nak bagi pendapat atau nasihat tentang apa kos yg patut saya pilih, kalau ada yg dapat kos sama dengan saya atau ada pengalaman mengambil kos yg saya dapat tu, silalah komen ya. Komen anda amat dihargai ;)

6 comments:

  1. masuk UM la sbb abam kie graduan TESL UM dulu...byk kelebihan belajar di UM ni..antaranya universiti terbaik di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos alam sekitar tu saya tak minat la abam ^^' Inn Syaa Allah saya pertimbangkan.. Thanks atas pendapat

      Delete