Monday, 19 June 2017

The end of my first year degree

4 Comments so far


Assalamualaikum dan hai kepada pembaca sekalian. Long time no see right? huhu mood nak menaip post tu tak sampai2 sehinggalah ke hari ini. Lebih banyak luangkan masa dgn Twitter dan Instagram. Followlah saya di insta dan twitter. #Promote

Kawaii Lady is back !

GOOD BYE TO MY FIRST YEAR LIFE.

Sekarang ni saya sedang menikmati cuti semester selama 3 bulan Inn syaa Allah. Start cuti 13 hb haritu sebab paper habis awal. 14 hb bertolak ke Johor dari UPM, Serdang. So, bermulanya cuti semester menandakan berakhirnya tahun pertama saya di UPM. Nak masuk tahun kedua dah bulan 9 ni. Time flies so fast u know. Nasib baikla senior2 kat kolej saya baik-baik sahaja tak ada lah budaya seniority yg melampau, ragging, buli. Semua sibuk kumpul merit je. Alhamdulillah dapat stay kolej lagi semester depan.

Seronok ke belajar di UPM?

Seronok la juga.. Cuma penat jugak lah nak kumpul merit. Maklumlah kolej tak cukup bnyk nak menampung semua bilangan pelajar yang ada. Tapi kan, aktiviti yang kita join di Universiti ni lah yang akan memberikan kita pengalaman yang berharga dan berguna pada masa akan datang. It is actually beneficial for us. Boleh belajar benda baru dan cipta memori pada masa yang sama. 4 tahun bukan lama pon. Sedar2 je nanti dah masuk final year.

Belajar kat Universiti ni boleh tahan mencabar jugak sebab dah tak ada budaya suap menyuap dari lecturer macam waktu matrik dulu. Nak adapt dengan cara pembelajaran di university bukan mudah bagi lepasan matrik macam saya, Nak kena belajar berdikari dan tak mengharap bantuan sepenuhnya daripada lecturer. Time kat matrik, kalau kita lemah dlm pelajaran lecturer akan approach kita. Kalau kat university kita yang kena approach lecturer kalau perlukan sebarang bantuan. Tak boleh nak manja sangat.

Nota-nota jangan risau. Lecturer akan sediakan. Kita tinggal download dan print je dari laman web. Buku2 pulak kalau nak kena beli sendiri la. Pinjam library atau member pon boleh. Biasanya kat kelas takde refer buku pon, refer slide lecture je. Buku as reference tambahan je. UPM ada laman web interaktif untuk lecturer upload tugasan, nota atau kuiz untuk kita refer dan jawab. Laptop sangatlah penting kat Uni ni. Well, university inovatif la katakan. Markah quiz, final semua akan dikeluarkan di laman web khas UPM untuk save segala data pelajar. Maklumat memang dihujung jari la.

Time kat university ni, markah test, quiz, exam 100% lecturer yang tentukan. Kehadiran wajib lepas 80% bagi sesuatu subjek untuk membolehkan kita menduduki peperiksaan akhir. Tak boleh la kerap sangat ponteng. Yuran mahal kot, xkan nak rugi macam tu je. Apa guna bayar yuran kalau kelas pon malas nk dtg kan? Kalau dpt lecturer baik, mungkin diorang akan bantu cantikkan gred kita yg mna mampu lah. Sebabtu  kena pandai jaga hati lecturer. Jangan jadi nakal sangat.

Apa yg menarik tentang UPM?

UPM Serdang luas amat. Rasanya UPM ni universiti terbesar di Malaysia. Uni ni terkenal sebagai "kampus hijau" sebab U ni kan dulu Universiti pertanian. Korang bole jalan-jalan satu UPM untuk melawat banyak tempat menarik macam Bukit Ekspo tempat untuk beriadah, ada kolam ikan, boleh lepak2 kat situ, study outdoor ke kat situ. Then, UPM banyak ladang. Ada ladang lembu, kambing, kuda dan banyak lagilah. Korang boleh tunggang kuda, dapatlah merasai suasana tenang di ladang yang luas. UPM ada banyak jugak tanaman macam buah-buahan, pokok2 ada kat Taman Pertanian Universiti. Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang saya tak sempat lagi nak explore. Harap ada peluang lah nak menjelajah seluruh UPM sebelum graduate.

Okay, yang bawah ni bukan nak cakap besar sebab saya pon bukan menyumbang mana pon kepada kecemerlangan Uni ni. Just a little fact about UPM.
UPM ni  merupakan salah sebuah university penyelidikan terbaik di Malaysia. Bawah ni merupakan ranking terkini Universiti di Malaysia.

SUMBER

Pensyarah di universiti ini kebanyakannya lepasan Phd yang bergelar Dr. dan Profesor. UPM terkenal dengan penyelidikan dalam bidang pertanian dan jugak makanan. Pensyarah di uni ni banyak buat penyelidikan dan menjurus kepada kejayaaan UPM di mata dunia.

Setakat itu jela rasanya entri pengenalan terhadap UPM. Inn syaa Allah saya akan ceritakan banyak lagi dalam post yang akan datang. Semoga kita berjumpa lagi pada entri seterusnya.. :D