Sunday, 24 July 2016

Bacelor Dietitic Interview

Ijazah Dietetik


Assalamualaikum dan hai semua.. (^^,)/ Kali ni saya nak bercerita tentang temuduga saya untuk Ijazah iaitu bagi kos Dietetik.
Kos Dietetik ini merupakan pilihan pertama dan kedua saya bagi UPU untuk UKM dan UPM dan merupakan pilihan pertama saya bagi USM. Alhamdulillah, saya dapat panggilan temuduga bagi ketiga-tiga tempat yang saya mohon tu.Tapi ceritanya, yang USM tu saya tak pergi sebab panggilannya awal sangat ( seminggu selepas tamat matrik ) lepastu, tempat temuduganya boleh tahan jauhnya ( Kubang Kerian, Kelantan ). Dari Pasir Gudang, Johor nak ke situ lebih kurang 10 jam lah kalau guna lebuh raya naik kereta. Untuk UKM dengan UPM tu Alhamdulillah berkesempatan datang dan sertai temuduga.

Apa itu Kos Dietetik ?


Kos Dietitik ini dibawah Fakulti Sains Kesihatan. Dietetik merujuk kepada aplikasi terapi pemakanan mengikut status kesihatan individu atau kumpulan. Kurikulum Dietetik direka dengan kursus asas seperti biokimia, anatomi, fisiologi, imunologi, farmakologi, mikrobiologi dan kursus berkaitan dengan bidang dietetik seperti perkhidmatan makanan, terapi pemakanan perubatan, perkhidmatan dietetik komuniti, penyelidikan dietitik, perkhidmatan dietetik luar dan dalam wad supaya dapat menyediakan latar belakang sains untuk memahami konsep dalam makanan, pemakanan dan dietetik. Maklumat lanjut boleh baca di laman web ini http://www.ukm.my/fsk/ms/pusat-pengajian/pusat-pengajian-sains-jagaan-kesihatan/program-dietetik

Baiklah, sekarang saya akan bercerita tentang temuduga yang saya hadiri di UKM dan USM.

Temuduga Dietetik di UKM.


Tarikh temuduga UKM adalah pada 28.5.2016. Masa dari 8 pagi sehingga 12.30 tghari.Tempat : Klinik audiologi dan sains pertuturan,UKM KL. Saya bertolak dari Johor jam 5.30 pagi, sampai sana pukul 10 lebih rasanya sebab sesat. huhu
Dapat giliran no 86 daripada 100 lebih kot yang dapat kos tu.Masa saya datang tu tengah giliran no 30 something.Lepas ambil nombor, duduklah tunggu giliran bawah khemah ( ingatkan sekejap je ). Selepas dah pergi beli air, makan buah, makan roti, pergi surau solat zuhur, Tunggu punya tunggu, sampai lepas zuhur pukul 3 ptg baru sampai giliran saya. Padahal sepatutnya saya ada temuduga pemakanan jugak kat tempat sama dari 12.30 tghari sampai 2.30 ptg jadi, ceritanya saya tak pergilah temuduga pemakanan tu lagipun kos pemakanan ni ramai yang mohon dan dapat ( dalam 200 lebih ).Dietetik ni susah lagi kot nak dapat.

Suasana semasa temuduga.
Dia panggil 3 orang untuk setiap sesi temuduga, penemuduga 2 orang, temuduga di dalam sebuah bilik tertutup. Masatu saya temuduga dengan seorang kawan saya dan seorang gadis bangsa Cina lepasan STPM.
Temuduga dalam Bahasa Melayu dan Inggeris tapi, penemubual lontarkan soalan dalam Bahasa Inggeris. ( Kena fahamlah soalan dengan betul )

Soalan yang dikemukakan kepada kami :

Dia tanya apa pilihan 1-4 UPU

  • 1. Introduce yourself. ( Terangkanlah pasal diri, keluarga,hobi )
  • 2. Why choose dietitic course. ( Jawablah ikut logik akal ) Saya jawab : sebab minat bab pemakanan, minat makan, masak. haha ( panjang sebenarnya jawapan saya XD )
  • 3. Your strength and weakness. ( Promotlah diri tu, kelemahan diri tu buat ayat yang meyakinkan bahawa anda akan cuba perbaikinya atau kelemahan kalian yang nampak macam kelebihan. Contoh : Saya tak pandai memasak tapi, saya rajin belajar masak.
  • 4. Cocuriculum achievement. ( Kalau ada masuk public speaking, syarahan, debat atau apa-apa yg sewaktu dengannya bagitahu lah yer tak kesah lah walaupun kalian masuk masa darjah 1 hahaha. Sebab kos ni memang memerlukan seseorang yg pandai bercakap.
  • 5. What will you see yourself as in 10 years from now. ( A dietician )
  • 6. Dia ada juga tanya pasal UKM. Bila ditubuhkan, nama ketua Jabatan, Dean list UKM. Yang ni saya tak dapat jawab sebab tak expect pon dia tanya pasal UKM T.T (sobs )


Itu sahaja rasanya soalannya. Temuduga saya tu dalam 10 minit jer dah siap. Tunggu giliran punyalah lama.

Temuduga Dietetik di UPM.


Tak sangka dapat jugak kat sini. Sebab UPM ambil kira result SPM jugak.Tarikh temuduga UPM adalah pada 31.5.2016. Masa jam 2.30. Tempatnya di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM Serdang ( Sebelah Hospital Serdang je tempatnya ).
Sampai sana pukul 2.30 tepat. huhu ( punctual kan ). Tapi kan, dah ramai dah yang datang lagi awal..huhu saya ni kira giliran yg hampir last. haha tak tahu lah kenapa org lain datang awal  sangat. Lepastu bila dah sampai, tanya lah kat akak UPM tu mana tempatnya. Dah jumpa tempat, kena tunggu giliran. Pukul 3 nak ke 4 ptg sampailah ke giliran saya.
Satu sesi temuduga dia panggil dalam 5 orang, penemuduga 2 orang. Temuduga dalam Bahasa Inggeris ( Question and answer fully English ). Saya temuduga dengan 3 orang perempuan Melayu dan seorang gadis bangsa Cina ( Semua perempuan ) Tak ramai lelaki yg minat kos macam ini.

Soalan yang dikemukakan kepada kami :

Dia tanya pilihan 1-4 UPU

  • 1. Introduce yourself.
  • 2. Pointer matriculation / STPM/ Asasi
  • 3. How you promote healthy eating lifestyle. ( Become volunteer, promote individually, promote by group )
  • 4. How to attract child attention to eat healthy food. ( Decorate the food to look colorfull and cute )
  • 5. What's your opinion on vaccin for children. ( Is it good or bad ) Yg ni dia tak tanya saya.. Syukur :D
  • 6. Soalan KBAT dalam Bahasa Melayu. Lebih kurang begini lah soalannya : Aktiviti luar sekolah boleh menyebabkan pencapaian akademik terjejas. Bincangkan.

Ada ke patut dia suruh berdebat masa temuduga.. Berhuhuhu jela mampu. Saya pembangkang jadi saya jawablah tak setuju sebab, aktiviti luar sekolah ni boleh mencerdaskan otak, cergaskan badan, Tak menjejaskan akademik pun kalau pandai urus masa.

Itu je kot soalannya. Dalam 20 minit jugaklah temuduganya.

Bagi saya personally, UPM punya interview lagi mencabar. ( seriously ).
Pastikan lah kalian sediakan segala borang, dokumen yg diperlukan semasa temuduga. Kang tak pasal-pasal tak boleh daftar giliran. ( Susun dokumen kemas-kemas ) Curriculum Vitae aka Resume sediakan untuk ceritakan latar belakang anda. Kad pengenalan jangan tak bawak pulak.
Susun dalam fail yang kita senang nak keluarkan isinya.
Pasal dokumen ni UKM lagi titik beratkan daripada UPM. UPM tak perlu CV aka Resume.
Answer scheme and marking I tak sure lah right or wrong. Wallahualam. Tanyalah penemuduga tu yer macam mana dia menilai.
Rasanyalah dia akan tengok jugak penampilan diri. Baju tu jangan tak seterika pulak. Pastikan baju tak mencolok mata, sopan ( pakai baju kurung bagi wanita melayu )
Keyakinan diri. Suara jangan perlahan sangat tapi, jangan kuat sangat. Jangan potong apa orang cakap, jangan gagap-gagap, getar-getar, malu-malu kucing.

Kalau kalian berminat nak ambil kos ini untuk Ijazah, kenalah masuk Matrikulasi kos Sains ( Modul 1 atau Modul 3 ) modul 2 tak ambil Biologi tak boleh lah rasanya tapi kalau USM boleh dapat kalau SPM Biologi okay
@ Ambil asasi kos Sains @ Ambil STPM ( Form 6 ) kos sains.

SPM mesti ambil sains tulen ( Biologi wajib ). Biologi dan kimia SPM mesti B or above ( B, B+, A-, A)
Pointer matrikulasi sem 1 diambil kira untuk kelayakan temuduga. Yg ni tak pasti minimum berapa pointer. Lepas 3.5 dah okay kot dan Biologi dan kimia mesti perform well.
Syarat kelayakan kalau nak dapatkan maklumat yang sahih, kena tengoklah kat laman web rasmi Universiti.

By the way, kos bertemuduga setakat ini hanyalah
1. kos kritikal ( Perubatan ( Doktor ),Veterinar ( doktor haiwan), Farmasi, Pergigian ( Dentistry ).
2. Kejuruteraan ( tak semua jenis jurutera )
3. kejururawatan, dietetik untuk UKM semua kos bawah Fakulti Sains Kesihatan
4. Perakaunan ada juga temuduga ( yg bahagian luar dari Kos Sains saya tidak pasti )
.....dan sbgainya

Mohon jasa baik kalian untuk mendoakan saya agar diberikan tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti yang terbaik untuk diri saya dan untuk kos yang paling sesuai untuk diri saya. Amin.
Kalau tak dapat kos dietetik ini pun tak apa.. Perancangan Allah kan yang terbaik. :-) Kita merancang, Allah juga merancang dan dia adalah sebaik-baik perancang.

P/S: 10/8/2016 ni result UPU keluar
Baiklah setakat disini sahaja laporan saya untuk kali ini. Ciau \o/

No comments:

Post a Comment