Thursday 28 July 2016

MUET Tips and Trick



Assalamualaikum dan hi semua... Kali ini saya ingin bercerita tentang Malaysian University English Test aka MUET.

Apa itu MUET?
The Malaysian University English Test (MUET) is a test of English language proficiency, largely for university admissions. The test is set and run by the Malaysian Examinations Council (which also runs the Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia examination). MUET is largely recognised only in Malaysia and Singapore. However, a small number of universities outside Malaysia and Singapore do recognise MUET.

Most candidates who sit for MUET do so to apply for admissions in public and private universities and colleges. MUET is a prerequisite in applying for admissions into all public universities and colleges in Malaysia. MUET is also accepted for admissions into most universities in Singapore.
Source.

MUET test akan dihadapi oleh pelajar Matrikulasi, Asasi, Tingkatan 6, dan juga Diploma.Result MUET bertahan selama 5 tahun sahaja sekiranya tempoh tamat, kenalah Re-take test MUET.
MUET dinilai berdasarkan "BAND" bermula dari band 1 sehingga band 6. Band 1 merupakan band minima dan band 6 merupakan band maksima.

Band 1- Penguasaan bahasa Inggeris yang amat lemah dan hampir tidak dapat menguasai bahasa Inggeris.
Band 2- Penguasaan bahasa yang terhad. Kurang ekspresi, kefasihan dan ketepatan. Selalunya menyebabkan salah dalam komunikasi dalam bahasa Inggeris.
Band 3 – Pemahaman yang sederhana tentang bahasa inggeris dan konteks. Berfungsi dengan sederhana dalam bahasa.
Band 4- Pengguna yang fasih dan dapat menguasai bahasa inggeris. Dapat berfungsi dengan kompeten
Band 5- Pengguna yang bagus dan penguasaan yang bagus. Pemahaman yang baik dalam bahasa inggeris
Band 6- Penguasaan bahasa inggeris yang sangat bagus dan hampir-hampir tiada kesilapan dalam penguasaan MUET.

Alhamdulillah Band saya bagi MUET yg pertama kali saya ambil adalah Band 4.

Apa yang diuji dalam MUET ?
All your english skill ( Speaking , Writing, Listening and Reading ).

Mengapa MUET penting ?
Salah satu syarat wajib untuk layak memohon UPU bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah adalah mengambil ujian MUET. Kalau nak sambung peringkat Degree, kenalah ambil ujian ini. Bagi setiap kos yang kita mohon untuk UPU, ada syarat minima yang diletakkan ke atas keputusan MUET pemohon.

Bahasa Inggeris merupakan bahasa Lingua franca ( Bahasa yg kita gunakan untuk bercakap dengan orang yg tidak faham bahasa kebangsaan kita ). Kalau MUET kita result tak okay, kita tak layak memohon untuk menyambung pelajaran ke luar negara.

Baiklah, saya akan kongsikan pengalaman saya mengambil MUET, dan bagaimana cara untuk lulus MUET ( Samalah macam cara nak tingkatkan kebolehan Bahasa Inggeris).

Lulus MUET : Sekurang- kurangnya perlu dapat Band 2 untuk lulus MUET. Tapi, bagi kami pelajar sains Band 3 merupakan band minima. Mengapa? kerana kebanyakan kos sains dan kos kejuruteraan yang ditawarkan di Universiti awam memerlukan sekurang- kurangnya Band 3 untuk MUET. Ianya
bergantung kepada syarat yg ditetapkan oleh setiap Universiti.

Saya ni bukanlah cikgu English yang pro dalam bab ini tetapi, ini hanyalah sekadar perkongsian berdasarkan apa yang telah saya pelajari.

Tips lulus MUET :

1. Mengetahui aspek-aspek yang akan diuji iaitu bentuk dan format peperiksaan.
2. Perlu tahu cara pemarkahan untuk setiap aspek.
3. Mahirkan dengan bentuk soalan dan format peperiksaan ( Banyakkan buat latihan past year MUET  )
4. Persediaan dari segi grammar atau tatabahasa. ( Banyakkan membaca buku English )
5. Persediaan dari segi vocabulary atau kosa kata.
6. Persediaan dari segi perbualan. ( Banyakkan bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan kawan-kawan )
7. Latih tubi yang berterusan.

Tips untuk ujian reading :
  1. Baca soalan dahulu baru baca text yg panjang tu. ( Supaya kita tahu apa yg perlu dicari dalam teks )
  2. Kalau nak baca text dahulu boleh juga tetapi, baca hanya sekali lintas. ( Jangan baca terlalu lama )
  3. Untuk pilihan objektif, potong pilihan jawapan yg anda rasa paling tak masuk akal. ( Potong jawapan yg paling salah / tak logik )
  4. Tinggalkan jawapan yg terbaik. Pilih jawapan yg ada kena mengena dengan teks ( yg paling logik. )
  5. Jangan malas membaca teks dan jangan jawab sambil lewa. Peruntukkan masa untuk memilih jawapan yg betul.
  6. Semak jawapan ( Jangan keluar dewan awal, jangan over-confident )

Tips untuk ujian writing :
  1. Cari frasa-frasa menarik BI di dalam buku atau laman web kemudian, cuba hafalkan dan fahamkan.
  2. Jangan buat karangan panjang berjela tapi, isi tak ada.
  3. Senaraikan isi-isi yg dapat dikeluarkan setelah membaca tajuk soalan.
  4. Tulis isi dan kembangkan dalam bentuk mind map.
  5. Jawab soalan berdasarkan WH question. What ? Why ? When ? Who? Where ?

Tips untuk ujian speaking :
  1. Buat latihan speaking dengan ahli group yg ditetapkan untuk MUET sebenar.
  2. Tulis isi penting berdasarkan tajuk perbincangan. 
  3. Jangan tulis huraian panjang sebab nanti kita akan baca apa yg kita tulis tanpa cuba keluarkan hujah yg spontan. ( Ini ujian speaking bukan reading).
  4. Beri perhatian semasa candidate lain sedang berhujah. ( Jangan potong hujah mereka )
  5. Gunakan bahasa formal. ( Jangan guna Harsh word like bit**, fu** )

Tips untuk ujian listening :
  1. Pastikan telinga berfungsi dengan baik sebelum test listening. XD ( Bersihkan telinga dengan cotton bud ).
  2. Banyakkan tonton movie yg menggunakan Bahasa Inggeris. ( Without subtitle )
  3. Fokus sepenuhnya kepada speaker.
  4. Senaraikan isi-isi penting berdasarkan audio di kertas jawapan. ( Penting supaya kita dapat ingat balik apa yang kita dengar ).

Itulah dia serba sedikit tips untuk menghadapi MUET. Mana yang anda rasa membantu bolehlah diamalkan.Untuk mendapatkan panduan yg lebih sahih bolehlah merujuk pada buku-buku MUET atau merujuk pada guru yang bertauliah.

3 comments: