Thursday 14 May 2015

Sambung belajar ( Matrikulasi atau Diploma )



Assalamualaikum dan hai semua...Okay harini nak cerita pasal pilihan melanjutkan pelajaran..

Keputusan matrikulasi dan UPU dah keluar pada 13 April 2015 dan 8 Mei 2015.

Alhamdulillah...Bersyukur sangat-sangat sebab saya dapat kedua-dua tawaran tuh... Untuk matrik saya dapat peluang menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Negeri 9...

Untuk tawaran UPU iaitu tawaran ke Institut Pengajian Awam...Saya dapat tawaran menyambung pelajaran di UiTM Kuala Pilah, Course yang saya dapat adalah Teknologi Makanan..

Masa baru dapat tawaran UPU tu memang dilema lah sebab tak tau nak pilih mana satu... Setiap pilihan tu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing..Saya tak dapat asasi..huhu T,T kalau dapat asasi memang takkan ku lepaskan peluang itu..

Okay jadi, untuk membuat pilihan antara dua tempat tu banyak aspek yang saya dah kaji dan bandingkan.
Antara aspeknya ialah :

1.   Tempoh pengajian
Matrikulasi ni tempohnya singkat ( 1 tahun sahaja ) , kalau diploma tempohnya lama ( 3 tahun ).
=  Kelebihan kepada matrik.

2.   Tahap kesukaran
Oleh kerana tempoh matrik singkat, ditambah dengan subjeknya yang sukar iaitu sains tulen matrik dianggap lebih sukar dari diploma. Course diploma yang saya ambil nampak lebih mudah dan tidak terlalu membebankan.
=  Kelebihan kepada Diploma.

3.  Kos pengajian
Untuk Matrik, kosnya kurang membebankan hanya RM580 bagi 2 semestar (1 Tahun) + Elaun sebanyak RM1250 untuk setahun.
Bagi Diploma, tiada biasiswa diberikan perlu buat pinjaman untuk sambung belajar ( Hutang lebih belasan ribu untuk 3 tahun ).
=  Kelebihan kepada Matrikulasi

4.  Sijil Matrik VS Sijil Diploma
Sijil Matrik tidak laku ( tidak boleh digunakan untuk mencari kerja ).
Sijil Diploma laku kerana boleh digunakan untuk mencari kerja.
=  Kelebihan kepada Diploma.

UPDATE : Sijil matrikulasi telah laku mulai tahun 2016 tetapi, bukan senang nak dapat kerja dengan kelulusan matrik sahaja.

5. Jarak tempat belajar ke rumah
Lebih kurang sama jaraknya, dua-dua di Negeri 9.

Sebenarnya banyak lagi aspek pemilihan...Tapi, dah lupa..huhu
Jadi, apakah pilihan saya ??

Saya pilih Matrikulasi.. Sebabnya, 
  1. Nak dapat Ijazah cepat. ( Nak kahwin cepat ) hehe.
  2. Tak nak hutang sebab masih muda ( Takut bimbang pasal kos )
  3. Nak dapatkan biasiswa untuk sambung Degree ( Boleh dapat kalau pointer lebih 3.7 )
  4. Nak rehat dulu selepas 1 tahun ( Tamat Matrik )
Jadi, 24.5.2015 ni saya akan pergi ke Kolej Matrikulasi Negeri 9 untuk mendaftar. Harap-haraplah ini keputusan terbaik untuk diri saya...Mohon jasa baik kalian untuk mendoakan kejayaan saya... Semoga Allah memberikan kejayaan kepada diriku, keluargaku, sahabatku, dan seluruh umat Islam...Aaminn

19 comments:

  1. Dengan usaha dan kecekalan pasti beroleh kejayaan ! selamat berjuang .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah! I will work hard... :-) Thanks for comment...

      Delete
  2. And I choose Matrik jugak ! hee

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. kalu kite amik diploma...pastu keje...then sambung degree sambil keje...dlm ms sama dh bole kumpul wit dlm epf dan lain...ramai kawan2 wat mcm tu...jimat masa n dpt kumpul wit...hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak kak.. saya pon dah buat istikharah supaya x salah pilih ni..huhu.. harap x nyesal nanti..

      Delete
  5. Sy lepasan matrikulasi N9 14/15. Sy nk pesan satu je.. Matrik x sesukar disangka asalkan dgr ckp pensyarah, x terpengaruh dgn kwn2 dan kalau blh, waktu ptg selalu pegi jln2 atau main2 ngn kawan..

    ReplyDelete
  6. How was yur result? Is yur pointer good? I feel so confuse right now . And one more thing, is tht true matrix was hard to score ? :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak susah mana pon nk score.. Alhamdulillah dpat above 3.7..

      Delete
  7. Saya tak dapat matrikulasi, tapi saya dapt diploma di uitm kuala pilah juga. Sekarang saya sambung diploma di sana.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis... sy tgh dilema... sy agak kurng minat dlm sains... tpi kwn2 kata sy nmpk mcm boleh... so.. sy decide mcm nk smbng stpm jer jurusn ussuluddin(agama) but, tgh pikir2 mcm best jugk matriks... cuma sy tkut x boleh catch up apa yg diajar sbb im not a fast learner... kalau pndpt sis mcm mana? prefer matriks or stpm?

      Delete
    2. The decision is yours to make.. huhu kna Tanya diri awk mana yg awk btul2 nak sbb saya x berhak nk buat kputusan bagi pihak awak, sambung bljr mana2 pon susah kalau malas usaha. kalau ada keinginan untuk Berjaya Inn syaa Allah belajar mana2 pon bole. Percaya pada diri sndiri

      Delete
  9. klw dah terima matriks blh tolak balik ke walaupun tarikh terima tawaran matriks dah ditutup sbb tarikh matriks tutup 3 hari sblm upu punya tawaran kluar...so x sure sama ada nak terima matriks or x sbb x tgk upu punya tawaran dpt apa lg ann....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau x dtg waktu tarikh pendaftaran tanpa sebarang makluman kpd pihak matrik yg awk dpt, automatic awk menolak tawaran la mknanya walaupun awk dh terima tawaran. Xperlu dtg time daftar kalau nk tolak

      Delete