Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Thursday, 26 January 2023

Pengalaman mengambil lesen kereta (DA)

4 Comment(s) so far



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Seperti yang dijanjikan pada post sebelumni, saya nak kongsi tentang pengalaman mengambil lesen kereta pulak.  Lesen kereta ni saya baru je dapat dalam tahun ni. Masih fresh di ingatan.

Untuk lesen kereta, saya ambil lesen kereta automatik (DA).

Sebab apa saya ambil lesen auto? Berikut antara sebabnya:

  1. Mudah untuk belajar
  2. Tak ada kereta manual untuk uji bawa
  3. Tak pernah bawak kereta sepanjang hidup
  4. Tak ada yang boleh tolong ajar bawa manual
  5. Lebih praktikal sebab plan memang nak bawa kereta auto sahaja
  6. Sejenis lambat nak pandai bila belajar praktikal

Okay itulah sebabnya mengapa saya amik auto. Saya sedar diri jenis susah sikit nak hadam dan paham benda-benda praktikal ni. Benda teori takda masalah. Setiap orang kan ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Lagipun 25 tahun hidup memang tak pernah belajar bawak kereta. Agak mustahil la untuk pandai bawa manual setelah keseluruhan kelas yang hanya 16 jam. Kalau kena ulang banyak kali dah kena korban banyak duit, masa dan tenaga. Jadi lebih baik amik auto. Beza harga pun RM100 sahaja.


Kenapa baru nak ambil lesen?

Sebab... baru ada modal nak daftar kelas.. Mahal ya sekarang nak ambil lesen. Tempat saya kena RM1,500 untuk lesen Auto. Bayaran 3 kali secara ansurans.  Nak suruh mak ayah sponsor memang takdan la. Mereka pun banyak nak guna duit. Selain itu, saya jenis duk terperap kat rumah je. Jenis tak berjalan sangat. Kalau ada benda mustahak boleh je Grab atau minta sesiapa hantarkan. Jadinya bila dah kerja ni rasa macam menyesal jugak tak amik dari dulu sebab bolehlah dapat murah sikit dan bila dah kerja ni masa pun takbanyak nak pergi kelas, otak pun dah tak setajam dulu nak belajar benda baru.


Daftar kelas dan ujian komputer

Saya daftar kelas tahun 2021, hujung tahun bulan 10. Selepas daftar terus pergi KPP01 dan pilih tarikh untuk ujian komputer. Kiranya 2 kali kena amik ujian komputer sebab tak ambil sekaligus dengan lesen motor.

Ujian komputer Alhamdulillah kalini lulus dengan jayanya. Salah 2 sahaja. Rasa confident boleh betul semua. Taktau mana satu yang salah tu. Bila dah lulus ujian komputer, dapatlah lesen L. Lesen L ni saya pi kutip lambat kat pusat memandu tu. Tengah tahun 2022 baru kutip 😂. Taktaulah kenapa takda mood nak buat lesen. Tu yang tertunda. Takpa lesen L 2 tahun baru mati. Steady lagi ada masa.


Kelas KPP02 dan KPP03

Total masa kelas 16 jam. KPP02 (litar) 7 jam dan KPP03 (jalanraya) 9 jam. Saya daftar setiap hari sabtu dan ahad. Bulan 9 tahun 2022 baru start sebab lambat daftar kelas dan baru terasa rajin nak start. Bermulalah fasa pembelajaran. Mula dari kosong memang pegang stereng pun tak pernahhh. Gear, brek dgn minyak pun baru tau kat mana. Punyalah ignorance pasal memandu ni kan sampai takpernah ambil tahu pun sebelumni 😅 Lagipun kereta sendiri memang tak ada pun. Jadi takda peluang sangat nak belajar. Disebabkan lambat nak catch up cara kawal stereng dan brek tu, dalam 4 jam kelas jugalah saya cuma pusing-pusing litar tanpa belajar apa-apa elemen. Cikgu kata kena mahirkan dua tu ja untuk Auto ni. Bila dah mahir takda masalah dah untuk buat kesemua elemen.


Elemen-elemen KPP02 kelas DA

Ada 6 elemen untuk litar. 

  1. Bukit
  2. Parking sisi
  3. 3 penjuru
  4. Selekoh Z
  5. Selekoh S
  6. Ramp (Tanjakan)
Tips dia kena ingat la keadaan litar tempat kita belajar tu.  Setiap elemen ada steps dia, jangan main lenjan ja. Masa bila nak kena pusing stereng, arah mana kena pusing, masa mana kena berhenti, gear apa nak guna, nak kena jaga-jaga kat mana dan sebagainya. Ikut je cakap cikgu masa ajar tu. Setiap litar berbeza taw. Kalau nak follow yang kat Youtube pun tak boleh ikut 100% sebab takut taksama dengan litar tempat kita belajar.

Ni saya share antara nota-nota yang saya buat untuk elemen di litar. Bukan untuk panduan la sebab susah nak paham apa saya tulis ni 😂 Tulisan cacing kerawit



Tiga penjuru

Ujian bukit JPJ

Parking sisi

Selekoh S, Z dan ramp


Ujian QTI oleh cikgu memandu

Lama juga saya ambil masa untuk kelas KPP02 dan KPP03. Tengah bulan 11 baru habis. Kira 2 bulan la masa untuk habiskan 16 jam tu. Saya banyak takdatang kelas sebab banyak pula hal nak kena buat masa sabtu ahad tu. Drag lah jadinya kena book masa baru. Bila dah tamat semua kelas kena lah QTI..

QTI setengah jam saya amik 27.11. Tak ready lagi sebenarnya tapi lantaklah teruskan saja. QTI saya tak berjalan dengan lancar. Banyak elemen tak lepas. Tapi, macam biasalah kepercayaan cikgu kat saya dia bagi je lulus QTI ni dan boleh dah book masa JPJ test.

Tapi saya sedar tak ready lagi nak JPJ. Jadinya saya tambah masa 2 jam sehari sebelum JPJ. Takpala labur sikit demi ilmu.


Ujian JPJ kali pertama

Tarikh JPJ saya dah booking 21.12. JPJ hari khamis. Hari rabu tu saya ada ambil tambahan kelas 2 jam. Dua hari kena cuti kerja. Nasib baik boss bagi cuti. Hari kejadian tu datang awal pukul 7.40am dah sampai. Tapi handphone tertinggal pulak kat rumah. Jadi memang duk berbual dengan calon lain la sepanjang masa menunggu tu. Nasib baik ada makcik sorang ni rajin melayan saya sibuk tanya itu ini sebab risau tak ingat.

Mula pukul 10am dgn RPM dan RSM. Alhamdulillah lancar je. Bila dah habis kena mula ujian KPP02.


Suasana semasa JPJ kereta


Saya calon ke 7 bagi kereta Auto. Jalan sekaligus bagi yang ambil manual dan auto. Bila tengok calon-calon lain buat memang terasa betul kerisauan tu ya. Gemuruh teruk sibuk mengucap je tenangkan diri.

Bila tengok ramai yang gagal lagilah takuttt. Inilah masalah bila ada penyakit Anxiety ni 😭 Asik pikir what if I fail? Sebelum mula dah pikir bukan-bukan memang mendapat la.

Tiba giliran sendiri, otak rasa macam dah kelain. Fokus pun entah kemana. Baru kat elemen pertama (bukit) dah failedd. Bukit boleh cuba 2 kali. Kali pertama tak masuk line. Saya undurlah balik. Sekali cubaan kedua pun samaa. Terus OUTT la cikgu amik kereta halau saya balik ke tempat menunggu.

Bila dah kat tempat menunggu tu barulah rasa conscious semula dan sedar yang saya dah GAGAL.

Pengajaran disini : Janganlah risau dan takut sangat. Pikir yang baik-baik sahaja. Tenangkan diri dan jangan kalut tanya itu ini dekat member lain. Ingat semula apa yang dah dipelajari. Doa dan berzikir. Kena letakkan pengharapan kepada Allah. Tawakal.


Bila dah gagal kenalah sedia untuk KPP03. Alhamdulillah KPP03 lulus je. Abang JPJ banyak tolong. Saya bawak tak berapa betul pun. Mungkin sebab kesian muka macam nak nangis je. hahaha

KPP03 asalkan takbuat kesalahan mandatori  (langgar lampu merah, lebih halaju, langgar line dan etc.) tu kira okay lah. Laluan semua abang JPJ yang tetapkan, kita ikut saja arahan.


Ujian JPJ kali kedua

Bila dah gagal, dah nak kena memikir pula bila nak ambil ujian JPJ semula. Dahla haritu dah ambil cuti 2 hari time kali pertama. Gagal pulakk. Jenuh ya. Tapi kena teruskan juga. Takboleh la mengalah kan. Kena bayar lagi sebab gagal. Ulangan kena bayar RM106, dapat tambah masa 1 jam. Saya rasa takcukup sejam tu jadi saya tambahla lagi sejam. Jadi ada masa 2 jam untuk saya pusing-pusing litar sebelum JPJ. Total saya labur untuk lesen ni RM1770+-. Demi sekeping lesen 😓


Tarikh JPJ kali kedua 19.12. Pilih tarikh ni sebab memang kena waktu cuti raya cina. Jadinya takperlu lah ambil cuti. Cumanya panjang sikitlah gap dengan tarikh JPJ yang sebelumnya. Tapi bagi saya takda masalah pun sebab lesen L saya bulan 2 baru mati. Yang penting kena sedia mental fizikal sebab kalini mindset memang WAJIB lulus walau apa pun yang terjadi.


Mula lah ujian JPJ. Kalini pun tetap datang awal. 7.30am dah terpacak disitu. Start pukul 10am dengan RPK dan RSM. Macam biasalah lancar je.

Harini tak ramai yang amik test. Untuk Auto yang ambil kali pertama dan ulangan ada 16 orang sahaja. Masa kali pertama saya JPJ tu ada dalam 30 orang.

Saya orang terakhir yang diuji. Dalam hati dah niat nak buat slowly and steady jaa. Saya bimbang dan takut juga sebab otak duk ulang-ulang mesti lulus kalini. Rasa macam ini cubaan hidup atau mati. Kalau lulus hidup, kalau gagal mati.

Alhamdullillah lulus JPJ kali kedua. Saya buat dengan berhati-hati. Memang fokus pada setiap elemen. Sebelum mula setiap elemen baca bismillah, baca doa tawakal, dan otak recall semula segala steps sebelum mula.


Dapat lesen P kelas DA

Maka tamatlah perjuangan saya di kelas memandu. Lepasni takda dah kot datang. Taktaula tu kalau tiba-tiba rasa nak ambil lesen B ka apa kan 😜 Boleh pi konvoi dengan abang-abang kacak.


Misi mendapatkan lesen selesai


Lega rasanya sebab dah selesai. Dah berjaya melalui suatu fasa yang berliku-liku dan mencabar. Tentunya suatu hari nanti akan tersenyum mengimbau semula kenangan ini. Satu bab dalam kehidupan yang dilalui oleh semua orang. Tetapi, pastinya setiap orang menghadapi situasi yang berbeza-beza. Ada yang mudah dan ada yang sukar.


Akhir kata, saya ucapkan buat yang sedang berjuang untuk mengambil lesen, semoga dipermudahkan segala urusanmu. Ingat satu benda yang pasti:


"Tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung." Doa kepadanya, letakkan kebergantungan kepadanya. Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 


Jangan takut untuk mencuba. Sampai bila nak jadi penumpang saja. Perempuan kena tahu bawak kereta atau motor. Bolehlah kita berdikari. Takdela nak harapkan lelaki saja untuk hantar kemana-mana. Kalau ada situasi yang mendesak untuk kita memandu bolehlah kita diharapkan.


Sekian sahaja entri saya pada kali ini.

Assalamualaikum.

Friday, 20 January 2023

Pengalaman mengambil lesen motor (B2)

Be the first to comment!
Lesen B2 motosikal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 😃

Lama sungguh tak menaip disini. Rasa kekok juga nak bercerita kat sini setelah lebih 5 tahun tinggal.

Saya terbuka hati untuk menulis entri tentang pengalaman mengambil lesen motor kelas B2.

Masa saya tengah dalam proses ambil lesen, saya kerap Google pengalaman dan tips untuk lulus ujian. Jadi, saya rasa entri seperti ini akan memberi manfaat kepada orang lain yang ingin tahu bagaimana suasana dan situasi yang dihadapi oleh orang lain yang telah selesai mendapatkan lesen.

Jujur saya kata, pengalaman saya mengambil lesen B2 ini penuh onak duri dan bukan perjalanan yang mudah. Sila teruskan baca untuk ketahui dengan lebih lanjut..


Saya ambil lesen motor bermula masa umur 23 (kira dah tua jugala baru nak ambil). Waktu ni tahun 2020. Daftar masa sebelum PKP lagi. Untuk makluman, saya tekad ambil lesen tanpa pernah bawak motor sekali pun. Dah daftar kelas tu barulah cuba bawa motor buat kali pertama.

Nama pun kali pertama... Imbangan badan, kawalan motor, gear, tuil minyak semua memang kelauttt. Ingatkan bawa motor ni macam bawa basikal je senang. Rupanya lain pula. Jadi disebabkan gagal imbang badan, ayah saya lah tolong duduk belakang kawal imbangan motor.


Ujian Komputer untuk lesen L

Jadi dua minggu selepas daftar kelas... Kena ambil ujian komputer... Time ni la baru start mengkaji pasal motor. Mana satu komponen, macam mana nak kasi gerak, papan tanda jalan, peraturan jalan dan sebagainya.. Saya memang taktau apa-apa pasal motor atau jalanraya. Kena tekun la belajar walaupun last minit.


Alhamdulillah lulus ujian komputer. Banyak juga salah. Lima rasanya salah 😂 takpala asal lulus.


Setelah lulus ujian komputer.. Dapatlah lesen L. Dah boleh daftar kelas untuk KPP 2 (Litar) dan KPP3 (Jalan raya).

Saya daftar kelas tu setiap ahad. Sebab time ni kerja 6 hari seminggu. Nak cukupkan waktu jam kelas  tu dalam 2 bulan jugalah boleh terus dapat lesen kalau dah pandai bawa dan terus lulus.


Hari pertama kelas di Litar

Sangat traumatik ya pengalaman pergi kelas pertama ni. Kalau ingat balik mesti rasa nak nangis 😭

Mula-mula kena belajar RPK, RSM. Saya takpandai bawa motor lagi time ni.. Jadi time kelas pertama ni ada nak terjatuh sebab rasa motor berat. Cikgu siap sound lagi "Sini tempat orang yang dah pandai bawak nak ambil lesen, bukan tempat baru belajar nak bawa". Then, abang sebelah tu duk sakat kata "Meh abang ajar bawa motor. Tapi abang kena duduk belakang la peluk". Trash betul nak ambil kesempatan pulak. Memang time kelas ni duk belajar imbang badan jela pusing-pusing kat litar tu. Cuba buat elemen selekoh tajam pun kelaut asik terlanggar batu penghadang.


Disebabkan pengalaman kelas pertama yang sangatlah burukkk.. Saya buat keputusan untuk tak pergi ke kelas kedua dan seterusnya. Saya ke pejabat bagitahu nak tunda dulu kelas. Nak belajar sendiri bagi pandai baru sambung.


Bermulalah episod belajar guna motor ayah...

Ayah pakai motor Honda Wave 125. Boleh tahan berat motor ni. Jadi setiap minggu saya bawa motor ayah kat depan rumah pusing-pusing belajar imbang badan dan kawal minyak dan brek. Kawalan badan dah makin okay. Cuma nak pusing-pusing, tukar gear masih takpandai..

Saya cuba juga bawa pusing kampung untuk lebih kurang 3 bulan la. Tapi mood nak belajar tu on off. Kadang rajin, kadang malas.. Bawa pusing-pusing kampung sampai nak termasuk rumah orang sebab minyak takkawal bila masuk simpang. Termasuk longkang waktu nak belok simpang.. macam-macam tragedi berlaku. Tula siapa suruh memandai belajar sendiri. Dah macam budak sekolah baru nak belajar bawa motor. Padahal dah tua..


Tapi satu fakta tentang saya ni. Saya takkan putus asa atau takut untuk mencuba. Makin orang kata takboleh, makin rasa nak buktikan yang saya boleh. Ini orang panggil ego tapi kearah positif.


Beli motor sendiri

Jadinya, bila dah pandai imbang badan saya sambungla kelas lesen saya. Dalam 2 kelas macamtu saya sambung.. Memandangkan PKP pun dah mula. Memang lamalah tunda kelas selepastu. Dengan trauma nya lagi. Jadi waktu ni saya buat keputusan untuk beli motor sendiri. Saya beli motor Honda Dash 125 untuk memudahkan saya belajar bawa motor. Saya beli cash, ayah ada topap sikit.


Honda dash 125
My baby blue


Dipendekkan cerita, tahun 2021 tengah bulan macamtu barula sambung dan nak habiskan penderitaan di kelas lesen. Tak mahir mana tapi lenjan sajalah buat muka tebal pusing litar. Part elemen titi dengan laluan tak rata memang fail teruk. Banyak kali duk mengulang-ulang elemen tu sampai menangis sebab taktau mana silapnya. Cikgu pun sampai taktau nak betulkan macammana sebab saya asik terkeluar je masa lalu laluan tak rata tu. Tangan takkuat agaknya. Cikgu suruh saya angkat dumbell kat rumah bagi kuat sikit nak pegang handle motor.


Tamat KPP01 dan KPP02

Panjang perjalanan lesen saya niii.. Akhir bulan 11 tahun 2021 macamtu barulah tamat semua kelas. Total kena ambil 16 jam kelas. Tapi sayang juga sebab banyak kelas jatuh pada hari hujan jadi kalau hari hujan memang cikgu takbagi bawa kat litar. Saya ada ambil tambahan kelas dalam 4 jam jugala sebab nak belajar lagi. Lepastu dah habis tambah masa kena pergi ujian JPJ. Sebenarnya masih belum layak pergi ujian JPJ. Tapi cikgu kata cuba jelah dulu.


JPJ kali pertama

JPJ kali pertama saya masa bulan 12 tahun 2021. Saat yang digeruni telah tiba. Memang rasa taklayak ambil ujian. Time ni perempuan berapa ketul jela. 3 orang saja. Lagi berapa puluh orang lelaki. Saya tak ingat giliran saya yang keberapa, tengah-tengah.

Mula-mula buat RPK. Lancar je semua ingat Alhamdulillah.

Lepastu ambil motor start dan bawa ke litar. Gabra sungguh la saya waktu ni. Bawa motor ke litar pun menggigil. Dugaan betul boleh pulak penyakit gemuruh datang. Lepastu time tunggu giliran pula enjin motor mati. Makinlah cuak dibuatnya..


Jadi seperti dijangka saya GAGAL ujian JPJ kali pertama. Gagal di elemen pertama iaitu titi. Bukan sebab takboleh buat. Sebab ketakutan yang melampau sebenarnya.


Bila dah gagal bahagian 2 terus masuk bahagian 3 iaitu jalanraya. Kena buat RSM dulu dan bawa motor keliling litar. Saya pun bawa dalam keadaan lemah dan sedih sebab dah gagal litar. hahah

Alhamdulillah jalanraya lulus dan selesailah ujian JPJ kali pertama.

Balik rumah mak tanya lulus ke tak terus menangis. Memang sedih asik nangis je haritu. Mental tak kuat. Rasa macam nak putus asa je.


JPJ kali kedua

Dah gagal JPJ, kena bayar berapa tak ingat lepastu dapat tambahan masa selama 2 jam. Fokus betul masa kelas tambahan ni sebab target memang nak kena lulus kalau tidak saya dah malas nak cuba lagi buat kali ketiga. Saya banyak tengok youtube dan baca artikel berkaitan ujian litar. Rasa bersemangat bila baca pengalaman orang lain lulus setelah gagal sekali. Malam sebelum ujian saya siap suruh ayah saya buat air penawar supaya hilang perasaan gemuruh.


Hari kejadian pun tiba.. Kalini saya lebih tenang. Banyak berdoa, berpuasa. Zikir tenangkan diri. Saya tawakal dan serahkan kepada Allah. Bermula dengan elemen titi. Alhamdulillah kalini saya dapat buat dengan baik. Setiap kali sebelum buat setiap elemen saya baca bismillah dulu dan berdoa. Saya rasa macam bukan saya yang bawak motor tu. Sebab memang dipermudahkan.  Sampai elemen yang saya takut iaitu laluan tak rata pun saya boleh buat dengan baik. Alhamdulillah Allah tolong saya.

Saya lulus ujian JPJ kali kedua. Sangat bersyukur dan gembira. Saya taksangka boleh juga dapatkan lesen. Rasa macam mimpi. Balik bagitahu mak, nampak muka mak bersyukur dan bangga. Ayah call tanya dan puji sebab dah berjaya.

Tambah tolak rasanya dalam RM700+ jugalah saya labur untuk dapatkan lesen. Sebab banyak tambah masa.


Dapat lesen P kelas B2

Dua minggu selepas lulus saya pergi kutip lesen di pejabat pusat belajar. Bawa balik sticker P. Ayah semangat tampalkan kat motor saya. Teruja agaknya.


Maka tamatlah cerita mengenai pengalaman saya mengambil lesen motor kelas B2. Semoga sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada sesiapa yang membaca.


Sedikit nasihat dari saya. Jangan pernah takut untuk mencuba. Keluarlah dari zon selesa. Cuba benda baru. Cari pengalaman baru. Lebih baik gagal setelah mencuba daripada gagal untuk mencuba.

Nanti saya cerita pengalaman saya mengambil lesen kereta pula ya. Akan datang InsyaAllah.


Sekian. Wassalam.

Monday, 15 August 2016

Preparation for University

6 Comment(s) so far
My condition right now T.T

Assalamualaikum dan hai semua. Okay, let me talk about myself on this entry. Jadi, berkaitan dengan tajuk di atas, macam mana progress preparation saya? hmm I think it's only 10% toward ready. Saya rasa, kebanyakan pelajar yg akan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah juga sedang busy preparing all the stuff untuk daftar, pack barang,print out doc, photostate doc + pengesahan, survey University, buat medical check-up, bukak buku bank, mohon pinjaman / biasiswa, shopping barang nak bawak. Antara banyak benda yg saya list kan tu, saya cuma dah siap print out doc je.. haha Photostat doc tu ada yg dah ada yg belom. Well, take it easy don't rush up but don't miss out. ( My life motto ).

Haritu saya ada buat post pasal result UPU saya. Inn Syaa Allah, saya memilih untuk melanjutkan pelajaran di UPM bagi kos Sains Pengajian Makanan. Semoga ini adalah pilihan yg terbaik bagi saya. Kebanyakan Universiti awam daftar pada 28 hb 8 ni. Tapi, untuk UPM 31 hb 8 baru daftar..Alhamdulillah dapat extra time at home.Bagi pelajar UPM Kampus Serdang, kami tak payah buat medical check-up di Hospital kerajaan / swasta sebab nanti kami akan buat medical check-up di Pusat Kesihatan Universiti.. Mudah kan? so, settle one task. Tapi, kalau yg UPM Kampus Bintulu kena buat kat Hospital rasanya sebab Kampus Serdang ada budak Medic maybe diorang praktikal buat medical check-up. ( Just my postulate ) haha.Kat Kampus Bintulu mana ada budak Medic.

UPM
Ini surat tawaran UPM.

Nampak tak dia punya yuran tu?? Mahal kan kalau tengok sekali lalu. Sebenarnya yuran tu dia dah campur sekali yuran pendaftaran, penginapan, pengangkutan, medical check-up, Meal-plan ( cuma di UPM rasanya ), kos pengajian sem dan banyak lagi sebenarnya. Dia compile semua bayaran supaya kita tak payah bayar banyak kali. Kalau korang nak Universiti yg menawarkan yuran yg murah, apply la UiTM.( I am not a promoter ) Tapi, UiTM kan khas untuk Bumiputera so, dia murah dalam 700 lebih je yuran tapi tak surela overall yuran ke ada kena bayar kos lain lagi. Pasal Mealplan tu UPM buat macam bayaran makan kita kot dalam 400 lebih. Jadi, kalau kita nak beli makanan guna dulu kad Mealplan tu sampai habis lpastu baru boleh guna duit kita kalau tak cukup. Pasal Mealplan ni saya tak pasti sangat memandangkan belum ada pengalaman guna.

UPM ni antara Universiti yg terbesar di Malaysia. Universiti mana yg paling besar saya tak pasti.. Risau jugaklah awal-awal masuk ni nanti nak cari kelas, dewan kuliah semua.huhu takpe boleh tanya senior nanti. Benda paling penting bila masuk U nanti, kenalah tahu fakulti awak tu apa dan tempatnya di mana. Fakulti saya namanya Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM). Kolej kediaman pon wajib tahu. Kang tak pasal-pasal salah bilik. Kot ye pon first time kan masuk U.huhu

So, how was my feeling right now ? Excited jugaklah nak masuk U kan.. Siapa tak nak. Ramai orang yg dah tinggalkan zaman U ni rindu dan teringin nak rasai lagi pengalaman jadi budak U.(Betul tak?)
Sebabtu ada yg sambung belajar sampailah ke peringkat PhD maybe sebab nak habiskan masa sebagai seorang pelajar. I am also feeling scared on the same time. Takut susah nak adapt dengan study environment dia. Well, time kat matrik kan still macam time sekolah sebab Lecturer pon sangat ambil berat, ada kelas tutor, dan senang nak tanya lecturer kalau ada yg tak difahami. Zaman U ni kena banyak berdikari. Tapi, Inn Syaa Allah lama kelamaan akan terbiasa dengan situasi ni.

Tak boleh dinafikan, memang kena banyak keluar duit pon kalau nak further study nie. Alhamdulillah saya dapat Universiti dalam semenanjung Malaysia. Kalau yg dapat di Sabah, Sarawak atau overseas memang kena ready lah dengan kos tiket flight. Sekarang ni bukan senang nak dapat biasiswa. Biasiwa JPA sekarang dah tak tengok result matrik sebab dia akan tengok result sem 1 di Universiti nanti. Kalau cemerlang baru boleh mohon. Bukan senang nak dapat pon. Time matrik tu korang apply lah biasiswa Maybank, Petronas, MyBrainSC dan lain-lain. MyBrainSC untuk yg nak ambil kos Sains tulen je di Universiti seperti Pure chem, pure Bio, Pure Physic sebab MyBrainSC bukak peluang untuk mereka yg nak jadi lecturer di Matric. ( I think laa ).

Okay lah, setakat ini sahaja tinta saya pada hari ini. Tak larat dah ni.. Demam =,= Alhamdulillah kifarah dosa. Nak rehat.. See you soon \o/

Wednesday, 20 July 2016

My life as a Matrics Student

2 Comment(s) so far
Matric's life


Assalamualaikum dan hai semua.. :) Okay tajuk tu macam tajuk essay BI tapi entri kali ini dalam BM yer
kang tak pasal-pasal seminggu tak siap post nie,,huhu

Matriculation program in Malaysia : Dah lama jugaklah ditubuhkan di Malaysia. Sejak tahun 1999 rasanya..  (Bab sejarah nie hang google lah sendiri ) Ada 9 Kolej Matrikulasi di Malaysia
Saya merupakan salah seorang graduan dari Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan ( antara matrikulasi tertua di Malaysia ) bagi batch 15/16. Program Matrikulasi ni setahun saja. Tak sampai satu tahun pun sebenarnya, 10 bulan jer.
Walaupun tak lama, banyak sangat pengalaman pahit manis yang saya lalui semasa program ni. Dah lebih 3 bulan sebenarnya tamat program ni, sejak bulan 4 lagi. Tapi disebabkan lepas habis Matrik tu saya agak busy dengan interview for degree, tak berkesempatan lah nak menaip panjang kat keyboard ni. ( Pasal interview ni kita citer kat entri lain yer )

First week of Matriculation :


Okay yang ini time MPPB (Minggu Pengurusan Pelajar Baru) aka minggu orientasi lah. Not bad laa time minggu nie, happening je takda stressnya. Takdela rasa macam pergi kem tentera.
Fasilitator pon baik hati dan friendly. Bangun pagi fasi kejut, nak gerak pergi mana-mana fasi tunjuk jalan, hari-hari fasi akan tanya kalau ada pelajar sakit nak pergi klinik. Aktiviti pun best.

After one week / First semester of Matriculation.


Time awal-awal waktu ni rasa agak lain macam. Kelas start pukul 8 pagi, pukul 5 pagi dah mandi takut berebut bilik air XD padahal tak berlaku pon.  Masa first week class huru-hara hidup nak cari kelas sebab tak pusing kolej time orientasi tu ( Kena cari kawan satu praktikum untuk sama-sama cari kelas ).
Saya pelajar kos Sains Modul 1 ambil subjek ( Kimia, Biologi, Fizik dgn Matematik ). Time first week kelas budak lain sibuk dgn hal pertukaran modul, ada yg nak masuk modul 2 sebab tak suka bio ( lelaki biasanya ), ada yg nak masuk modul 2 sebab tak suka fizik ( yg ni gegirl ).
Disebabkan saya malas nk kusutkan kepala pasal tukar modul, saya stay jer la modul 1 yg khabarnya paling extreme berbanding modul lain. Modul 2 dan 3 ada ambil Sains komputer ganti subjek bio atau fizik. Sains komputer ni boleh dikatakan senang lah nak skor.
Lagi satu ada kos Akaun (yg aliran ni ramai jugak yg cemerlang) senang kot kalau dah minat kan.
Masa awal-awal waktu ni memang rajin betul pergi Library, tapi tak sampai sebulan kat matrik dah malas dah nak pergi..

Second semester of Matriculation.


Time sem 2 ni saya dah mula degil .Pukul 7 pagi baru bangun..hahaha tak sengaja kay. Terlajak tidur sebab buat assignment ( terpaksa stay up ). Lecturer matrik saya garang jugak lah. Tapi kalau kita tak buat hal memang no hal la. Diaorg okay jer. Bila sem 2 ni kan hubungan dengan kawan-kawan, cikgu, acik cafe ( pon bole :D ) makin akrab. Sayang jadinya nak tinggalkan Matrik.
Bila dah nak habis matrik semua emo semacam mengenangkan nasib hidup selepas tamat matrik..haha

Busy tak matrik ni ?


Bagi budak program 1 tahun jurusan Sains Modul 1 memang sangat BUSYYY kay. Hampir tiap minggu ada kuiz. Dengan presentation, assignment for every subject ( Banyak dan mencabar soalannya ). Kelas start 8 pagi habis pukul 4 ptg (hari-hari okay) ni pon dikira awal biasanya extend smpai pukul 5 ptg jaranglah lecturer cancel kelas. Kalau ada cancel pon akan diganti balik. Sebab setahun je kan ( Memang pack giler laa ).
Time management and stress management korang kena mantap laa.

Pemarkahan macam mana ?


Kitorang exam 4 kali time matrik, UPS 1, PSPM 1, UPS 2, PSPM 2. Ada jugak kuiz bila-bila masa cikgu nak buat.Amali ada lah dalam 10 kali dalam satu sem per setiap subjek sains ( Kimia, Biologi, Fizik ). UPS ni mcm ujian pertengahan tahun, PSPM pulak exam akhir tahun.

Overall markah keseluruhan bagi sesuatu subjek dalam tsatu sem dia kira 70% dari ujian bertulis PSPM, 10% dari markah UPS, 10% dari markah amali, dan lagi 10% dari markah kuiz. Markah keseluruhan kemudiannya ditukar kepada gred. Setiap gred merujuk kepada pointer yg berlainan. Contoh : gred A 4.00 pointer, gred A- 3.67 pointer.

PNGS (Purata Nilai Gred Semester ) merupakan pointer overall bagi satu sem. Maknanya, dia akan kira average pointer yg kita dapat bagi tiap subjek yg kita ambil.
Contoh :
Kimia : 4.00 (A)
Biologi : 4.00 (A)
Matematik : 3.67 (A-)
Fizik : 3.33 (B+)
Jadi, PNGS nya adalah ( 4 + 4 + 3.67 + 3.33) / 4 = 3.75

PNGK (Purata Nilai Gred Keseluruhan )  matrik dia kira berdasarkan kedua-dua semester.Dia kira purata. Campur pointer PNGS 1 dengan PNGS 2 lpastu dia bahagi 2.
Contoh :
PNGS 1 : 3.68
PNGS 2 : 3.75
Jadi, PNGK nya adalah ( 3.68 + 3.75 ) / 2 = 3.72


Matrik ni susah ke tidak?


Kalau tanya pendapat saya lah kan... Rasanya tak susah mana pon. Kalau minat subjek yg korang pelajari tu senang je nak skor. We only learn the basic of each subject only.

Subjek apa paling susah?


Depend on each of us lah. As for me I think mathematic lah yang agak susah saya nak catch up. Idk why la.. Tapi result Math PSPM tu okay jer..Tak teruk pon. Sebab dia turunkan gred barangkali.


Pakaian ke kelas macam mana ?



Untuk perempuan Melayu :


Hanya boleh pakai baju kurung sahaja untuk pergi ke kelas. Kasut PVC/Kulit warna hitam dan berstoking. Tudung jenis apa-apa pon boleh ( Pilihlah warna yg matching dgn baju ).


Untuk perempuan Non-Muslim :

Kalau nak pakai baju kurung boleh jugak. Kalau tak nak, Pakailah kemeja / Blaus / Kurti / Sari yg ada lengan dan nampak sopan. Pakai seluar slack sahaja ataupun pakai kain skirt paras bawah lutut.
Kasut PVC/Kulit warna hitam dan berstoking.

Untuk lelaki Melayu atau lelaki Non-Muslim :

Pakai baju kemeja dengan seluar slack. Jeans tak boleh pakai.Kasut PVC/ Kulit warna hitam dan berstoking.Tie pun wajib pakai. Pakai belt warna gelap biar kemas dan macho.

Untuk kelas sukan, korang pakai baju koko matrik, kasut sukan dan seluar track. ( Koko satu sem sahaja )

Pakaian luar waktu kelas pulak ?

Kalau luar dari waktu kelas takpela pakai baju apa-apa. Matrik tak wajibkan pakai tudung, tapi Islam wajibkan kan?

Nasihat untuk junior yg akan atau sedang berada dalam program matrikulasi.


  • Jangan buang masa dengan percintaan monyet yang sia-sia. Budak yg couple kat matrik ni biasanya sampai habis matrik jer terus putus. ( Serious laa ) Tak sempat kay nak dating apa semua.Pelik jugakla bila nampak ada budak dating di kafe time tengah sibuk study week. Like, seriously ? :/ Dgn on call semua, text hari- hari. Tak sempat okay untuk budak matrik. Nanti masa kat Universiti 3 tahun carila bakal isteri / suami awak tuw.haha. Jangan couple taw, masuk minang terus.
  • Disebabkan PNGK dia kira dari result sem 1 dan sem 2,  buatlah betul-betul dari semester 1. Jangan main-main.Yang paling penting jangan MALAS. Jangan lah study last minute. ( Ain't like I didn't do so XD ) Learn from mistake okay.. :D
  • Jangan ponteng kelas tanpa sebab. Dalam 1 kali lecture tu boleh habis satu topik taw lecturer tu ajar. Bayangkanlah berapa banyak topik korang kena cover walaupun hanya sehari tak datang kelas. Alhamdulillah, saya kehadiran penuh time matrik ( bangga pulak haih ;-p )
  • Jangan kurang ajar dgn cikgu.Restu cikgu tu penting taw. Kalau cikgu tak restukan ilmu yg dia beri, tak tenang hidup awak. Kalau selalu tak datang kelas pon boleh buat cikgu terasa taw. ( ingat tu )
  • Ibadah wajib jangan tinggal walau korang busy macam mana pon. Ibadah sunat macam solat tahajud, puasa sunat amalkanlah jugak. Allah akan bantu hambanya yg sentiasa mengingatiNya.

Panjang sangat dah ni saya menaip. Cukup lah tu yer. Kalau ada soalan pasal matrik ni boleh lah tanya saya. Jumpa kat entri lepasni pulak.. Sayonara everybody \o/

Monday, 11 July 2016

In the process

3 Comment(s) so far

Assalamualaikum and hye my dear visitor and follower...It had been a while since my last time updating this blog.. ( More than 1 year already )

So, you guys must be wondering where am I all this while and why didn't I update this blog, not even replying to all your comments. First of all, so sorry to ignore this blog. It is not because I hated  blogging world.Actually I don't have any internet connection on my laptop to online blogger and the fact that blogging via mobile phone is very uninteresting since I can't view my blog full-sized.

As the title stated above "in the process" it referred to my blog which is under maintenance. I had not done editing this blog to a new theme.Truly sorry if my blog look quite messy and awful at a certain time. I had change my blog theme from Kawaii looking blog to a more matured look. Finally I had realize that I am old enough to keep those cute thingy on this blog. ( 19 years already ).

Okay, I think that all from me..I hope that I can post many entries after this... ByeBye \ o /

p/s : In case you miss my old layout..huhu




Thursday, 14 May 2015

Sambung belajar ( Matrikulasi atau Diploma )

19 Comment(s) so far


Assalamualaikum dan hai semua...Okay harini nak cerita pasal pilihan melanjutkan pelajaran..

Keputusan matrikulasi dan UPU dah keluar pada 13 April 2015 dan 8 Mei 2015.

Alhamdulillah...Bersyukur sangat-sangat sebab saya dapat kedua-dua tawaran tuh... Untuk matrik saya dapat peluang menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Negeri 9...

Untuk tawaran UPU iaitu tawaran ke Institut Pengajian Awam...Saya dapat tawaran menyambung pelajaran di UiTM Kuala Pilah, Course yang saya dapat adalah Teknologi Makanan..

Masa baru dapat tawaran UPU tu memang dilema lah sebab tak tau nak pilih mana satu... Setiap pilihan tu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing..Saya tak dapat asasi..huhu T,T kalau dapat asasi memang takkan ku lepaskan peluang itu..

Okay jadi, untuk membuat pilihan antara dua tempat tu banyak aspek yang saya dah kaji dan bandingkan.
Antara aspeknya ialah :

1.   Tempoh pengajian
Matrikulasi ni tempohnya singkat ( 1 tahun sahaja ) , kalau diploma tempohnya lama ( 3 tahun ).
=  Kelebihan kepada matrik.

2.   Tahap kesukaran
Oleh kerana tempoh matrik singkat, ditambah dengan subjeknya yang sukar iaitu sains tulen matrik dianggap lebih sukar dari diploma. Course diploma yang saya ambil nampak lebih mudah dan tidak terlalu membebankan.
=  Kelebihan kepada Diploma.

3.  Kos pengajian
Untuk Matrik, kosnya kurang membebankan hanya RM580 bagi 2 semestar (1 Tahun) + Elaun sebanyak RM1250 untuk setahun.
Bagi Diploma, tiada biasiswa diberikan perlu buat pinjaman untuk sambung belajar ( Hutang lebih belasan ribu untuk 3 tahun ).
=  Kelebihan kepada Matrikulasi

4.  Sijil Matrik VS Sijil Diploma
Sijil Matrik tidak laku ( tidak boleh digunakan untuk mencari kerja ).
Sijil Diploma laku kerana boleh digunakan untuk mencari kerja.
=  Kelebihan kepada Diploma.

UPDATE : Sijil matrikulasi telah laku mulai tahun 2016 tetapi, bukan senang nak dapat kerja dengan kelulusan matrik sahaja.

5. Jarak tempat belajar ke rumah
Lebih kurang sama jaraknya, dua-dua di Negeri 9.

Sebenarnya banyak lagi aspek pemilihan...Tapi, dah lupa..huhu
Jadi, apakah pilihan saya ??

Saya pilih Matrikulasi.. Sebabnya, 
  1. Nak dapat Ijazah cepat. ( Nak kahwin cepat ) hehe.
  2. Tak nak hutang sebab masih muda ( Takut bimbang pasal kos )
  3. Nak dapatkan biasiswa untuk sambung Degree ( Boleh dapat kalau pointer lebih 3.7 )
  4. Nak rehat dulu selepas 1 tahun ( Tamat Matrik )
Jadi, 24.5.2015 ni saya akan pergi ke Kolej Matrikulasi Negeri 9 untuk mendaftar. Harap-haraplah ini keputusan terbaik untuk diri saya...Mohon jasa baik kalian untuk mendoakan kejayaan saya... Semoga Allah memberikan kejayaan kepada diriku, keluargaku, sahabatku, dan seluruh umat Islam...Aaminn